Masalah Pembelajaran dan Kelewatan Perkembangan: Tanda Awal di Rumah
Ketahui tanda kelewatan perkembangan, masalah pembelajaran, latihan kemahiran urus diri dan self-management yang boleh diperhatikan sebelum masuk sekolah.

Masalah pembelajaran tidak selalu bermula apabila anak masuk sekolah. Banyak tanda awal boleh dilihat di rumah: sukar ikut arahan, cepat putus asa, tidak minat aktiviti meja, atau masih memerlukan bantuan besar untuk rutin harian.
Tanda awal yang boleh diperhatikan
Anak mungkin sukar memahami arahan, lambat belajar konsep asas, mengelak aktiviti melukis atau menulis, atau tidak boleh mengekalkan fokus dalam aktiviti pendek.
Kelewatan perkembangan juga boleh melibatkan motor kasar, motor halus, komunikasi, sosial, emosi dan kemahiran urus diri.
Kenapa penilaian awal penting
Penilaian membantu ibu bapa mengetahui sama ada isu utama anak lebih berkait dengan fokus, bahasa, sensori, motor, tingkah laku atau kemahiran belajar.
Apabila punca lebih jelas, program boleh disusun mengikut sasaran kecil yang realistik dan boleh dipantau.
Kemahiran yang perlu dibina sebelum sekolah
Sebelum anak masuk sekolah, kemahiran seperti duduk untuk tugasan, menunggu giliran, memegang pensel, menggunting, mengikut rutin dan meminta bantuan adalah sama penting dengan akademik awal.
- Fokus untuk aktiviti 10 hingga 15 minit.
- Koordinasi tangan dan mata yang lebih stabil.
- Memahami arahan kelas ringkas.
- Mengurus barang sendiri dengan bantuan minimum.
Soalan Lazim
Adakah masalah pembelajaran boleh dilihat sebelum Tahun 1?
Ya. Tanda awal boleh muncul dalam rutin harian, bermain, komunikasi, fokus dan motor halus sebelum cabaran akademik menjadi jelas.
Program apa yang sesuai?
Ia bergantung kepada penilaian. Sebahagian anak sesuai dengan SRP, sebahagian memerlukan OT atau EIP dahulu.