Memuatkan halaman...
Di JTC, anak dibimbing oleh terapis dan educator yang memahami cabaran perkembangan, emosi keluarga dan kepentingan komunikasi yang jelas bersama ibu bapa.

Terapis Cara Kerja (Occupational Therapist)
Berpengalaman luas dalam membantu kanak-kanak yang menghadapi kelewatan perkembangan serta masalah saraf/neurologi. Beliau aktif mendalami ilmu integrasi sensory bayi dan kanak-kanak serta pendekatan Solihull / Togetherness untuk menyokong emosi keluarga.

Terapis Cara Kerja (Occupational Therapist)
Dedikasi dalam membantu kanak-kanak yang mengalami isu memproses rangsangan sensory dan masalah koordinasi motor. Beliau terlatih dalam kaedah Ayres Sensory Integration (ASI) serta pendekatan Greenspan Floortime.

Terapis Program Intervensi Awal (Early Intervention Programme)
Fokus dalam membantu kanak-kanak membina kemahiran berkomunikasi dua hala, kemahiran sosial, dan regulasi kendiri. Menggunakan latar belakang kaunseling serta latihan program membaca ReadEasy dan pendekatan Greenspan Floortime.

Terapis Program Persediaan Sekolah (School Readiness Programme)
Membimbing anak-anak membina kestabilan emosi dan kesediaan mental untuk mematuhi arahan berkumpulan di dalam kelas. Mempunyai kemahiran khusus dalam latihan kaedah membaca ReadEasy untuk membantu transisi ke sekolah.

Terapis Program Intervensi Awal (Early Intervention Programme)
Menamatkan pengajian dalam bidang Pendidikan Khas di UKM dengan dedikasi tinggi untuk membina potensi kanak-kanak. Beliau komited merancang aktiviti kelas EIP yang berstruktur, mesra sensory, dan menyeronokkan.
Pasukan kami menggabungkan kelayakan, latihan berterusan dan pendekatan mesra kanak-kanak supaya sesi terapi terasa jelas, selamat dan boleh disambung sokongannya di rumah.
Semua terapis kami berdaftar secara rasmi di bawah Majlis Profesion Kesihatan Bersekutu Malaysia (MAHPC).
Kami mengutamakan keselesaan emosi dan sokongan yang mesra kanak-kanak dalam setiap sesi terapi.
Setiap sesi disusun berdasarkan keperluan anak, bukan aktiviti rawak yang sukar dikaitkan dengan rutin harian.
Pasukan kami terus menambah latihan profesional supaya pendekatan intervensi kekal relevan dan praktikal.
Belum pasti terapis atau program mana sesuai?
Kongsikan umur anak dan kerisauan utama. Kami bantu semak sama ada assessment, OT, EIP, SRP atau Playgroup lebih relevan sebagai langkah pertama.