Memuatkan halaman...
Sesi 1-to-1 yang membantu anak membina regulasi sensori, koordinasi motor, tumpuan dan kemandirian harian seperti makan, berpakaian, menulis dan mengikuti rutin.

Occupational Therapy atau Terapi Cara Kerja membantu anak membina kemahiran yang diperlukan untuk berfungsi dalam rutin harian. Melalui assessment awal, terapis melihat aspek sensori, motor, fokus, emosi dan pengurusan diri supaya sasaran terapi lebih tepat.
Pendekatan kami di JTC bukan sekadar memberi aktiviti rawak semasa sesi terapi. Kami merancang setiap langkah secara teliti dan berkongsi dengan anda, supaya anda tahu apa perkembangan yang sedang dibantu dan bagaimana untuk meneruskannya di rumah.

Fokus OT ialah membantu kemahiran yang nampak kecil tetapi memberi kesan besar kepada keluarga: fokus, makan, berpakaian, bermain, menulis dan mengurus emosi.
Membina keyakinan anak untuk makan sendiri, memakai pakaian, dan menguruskan keperluan tandas secara mandiri.
Meningkatkan keupayaan anak untuk duduk tenang, fokus mendengar arahan, dan menyiapkan tugasan.
Membantu anak menguruskan sensitiviti sensory dan mengurangkan tantrum melampau dengan cara yang tenang.
Membina keyakinan diri anak untuk mula menegur, bermain, dan berkongsi bersama rakan sebaya.
Sekiranya anda mula perasan anak bergelut dengan mana-mana cabaran di bawah, penilaian awal dapat membantu memberikan kejelasan:
Anak sangat sensitif terhadap tekstur makanan tertentu atau mudah terganggu dengan bunyi bising.
Anak mudah beralih perhatian, cepat bosan, dan sukar menyelesaikan tugasan mudah.
Anak kerap mengamuk (meltdown), sukar mengawal emosi, atau mudah berasa kecewa.
Anak keliru apabila menerima arahan yang panjang atau sukar mengikut rutin harian.
Anak masih memerlukan bantuan sepenuhnya untuk memakai baju, makan, atau ke tandas.
Anak menunjukkan kelewatan dalam kemahiran pra-akademik, kognitif, atau cara belajar.
Anak tidak tahu cara meneroka mainan dengan betul atau hanya bermain sendirian secara berulang.
Anak sering mengelak daripada mencuba aktiviti baru kerana takut atau berasa bimbang.
Anak menghadapi kesukaran membina hubungan interpersonal yang harmoni dengan rakan sebaya.
Aktiviti sensori tidak semestinya mahal. Gunakan rutin rumah untuk membantu anak mengurus input sensori dengan lebih baik.
Baca panduanRawatan ADHD kanak-kanakKetahui bagaimana penilaian awal dan terapi berstruktur boleh membantu kanak-kanak yang sangat aktif, impulsif atau sukar mengekalkan perhatian.
Baca panduanTerapi tingkah laku agresif kanak-kanakTingkah laku agresif boleh berkait dengan sensori, komunikasi, emosi atau rutin. Fahami cara terapi membantu anak membina respons yang lebih selamat.
Baca panduanTanda anak perlu Occupational TherapyKenali tanda anak mungkin perlukan OT seperti isu sensori, motor halus, fokus, emosi, makan, berpakaian atau kemahiran harian.
Baca panduan
Setiap sesi Occupational Therapy di JTC dijalankan secara 1-to-1 bersama terapis secara peribadi. Ini membolehkan kami menumpukan perhatian sepenuhnya kepada rentak dan keperluan unik anak anda, tanpa paksaan.
"Di sini, ibu bapa tidak dibiarkan tertanya-tanya. Anda akan sentiasa tahu apa fokus setiap sesi dan mendapat feedback terus tentang cara membantu anak di rumah."
Assessment awal membantu kita memahami punca di sebalik cabaran anak, sama ada berkait sensori, motor, fokus, emosi atau rutin harian. Dari situ, cadangan terapi boleh dibuat dengan lebih jelas.
Kita mahu faham sebab di sebalik cabaran anak, bukan hanya melihat tingkah laku luaran seperti mengelak, menangis atau cepat marah.
Cadangan boleh dibuat dengan lebih jelas, sama ada OT sahaja atau perlu digabungkan dengan EIP, SRP atau Playgroup Therapy.
Ibu bapa tahu fokus awal, langkah susulan dan latihan ringkas yang boleh diteruskan dalam rutin harian di rumah.
Setiap therapist adalah terlatih dan komited untuk membantu perkembangan anak secara profesional di bawah seliaan Occupational Therapist berdaftar dengan MAHPC.

Terapis Cara Kerja (*Occupational Therapist*)
Mempunyai pengalaman klinikal yang luas dan mendalam dalam membantu kanak-kanak mengatasi kelewatan perkembangan fizikal dan neurologi. Beliau berdaftar secara sah di bawah Majlis Profesion Kesihatan Bersekutu Malaysia (*MAHPC*).
Kepakaran Utama

Terapis Cara Kerja (*Occupational Therapist*)
Fokus dalam membimbing kanak-kanak membina kemandirian diri dan kemahiran motor melalui aktiviti interaktif. Beliau berdaftar secara sah di bawah Majlis Profesion Kesihatan Bersekutu Malaysia (*MAHPC*).
Kepakaran Utama