Memuatkan halaman...
Kami bantu keluarga semak servis, kekerapan sesi dan komitmen yang realistik sebelum membuat keputusan. Tujuannya supaya pakej yang dipilih sesuai dengan cabaran anak, bukan sekadar ikut harga paling rendah.
Sesi untuk memahami profil perkembangan anak sebelum cadangan program dibuat. Kami melihat cabaran utama, mendengar kebimbangan ibu bapa dan menyusun langkah sokongan yang lebih sesuai.
Sesuai untuk
Ibu bapa yang belum pasti sama ada anak perlukan OT, EIP, SRP, Playgroup atau panduan awal di rumah.
Program intervensi untuk meningkatkan keberdikarian dan kemandirian individu di pelbagai peringkat umur dalam kehidupan harian.
Sesuai untuk
Anak yang mengalami isu sensori seperti picky eater, membaca dan menulis, fokus, tingkah laku, arahan, pengurusan diri, emosi, belajar, bermain, bersosial, tidur malam atau keyakinan diri.
Program intervensi untuk membantu kanak-kanak berumur 2 hingga 6 tahun yang mempunyai masalah perkembangan.
Sesuai untuk
Kanak-kanak berumur 2 hingga 6 tahun yang memerlukan sokongan perkembangan dalam pengurusan diri, bermain, sosial, motor dan kognitif.
Program penyediaan kanak-kanak berumur 5 tahun ke atas yang mempunyai masalah untuk transisi ke sekolah.
Sesuai untuk
Kanak-kanak berumur 5 tahun ke atas yang memerlukan latihan pengurusan diri, 3M, bermain, sosial, motor dan kognitif sebelum masuk sekolah.
Program berstruktur yang menggunakan pendekatan bermain untuk menyokong pemulihan dan perkembangan kanak-kanak.
Sesuai untuk
Kanak-kanak berumur 2 hingga 6 tahun yang mengalami kesukaran interaksi, bermain, regulasi emosi, fokus dalam kumpulan atau kelas, dan keyakinan diri.
Nota pakej
Website ini tidak memaparkan harga pakej. Admin JTC boleh berkongsi maklumat yuran terkini melalui WhatsApp.
Cadangan program bergantung pada jenis program, kekerapan sesi dan tahap sokongan yang disarankan selepas profil anak difahami.
Kemasukan ke program terapi dibuat berdasarkan hasil assessment, kesesuaian anak dan keutamaan keluarga.
OT, EIP, SRP dan Playgroup mempunyai struktur sesi dan objektif yang berbeza.
Cadangan mingguan atau berkala bergantung pada sasaran dan konsistensi yang diperlukan.
Sesetengah anak perlukan fasa pengukuhan sebelum sasaran baru ditambah.
Latihan rumah, kehadiran konsisten dan komunikasi keluarga mempengaruhi keberkesanan program.