Memuatkan halaman...
EIP membantu anak kecil membina asas komunikasi, perhatian, sosial, rutin dan pengurusan diri melalui aktiviti bermain yang berstruktur dalam kumpulan kecil.


Usia Keemasan
Pada usia awal, anak sedang membina banyak asas penting serentak: cara meminta bantuan, fokus, bermain, ikut rutin dan mengurus emosi. EIP memberi struktur supaya kemahiran ini dapat dilatih secara konsisten.
Membantu anak menyesuaikan diri dengan rangsangan sekitar seperti bunyi, cahaya, dan sentuhan agar mereka tidak mudah cemas.
Membantu anak belajar berkawan, menunggu giliran, berkongsi, dan berkomunikasi dengan rakan sebaya.
Melatih asas pengurusan diri yang penting seperti toilet training, makan sendiri, dan mengikuti rutin kelas.
Fokus EIP ialah membina asas yang anak perlukan sebelum masuk ke rutin kelas, bermain dengan rakan dan belajar secara lebih tersusun.
Membantu anak merapatkan jurang kelewatan perkembangan (developmental delay) dalam aspek motor, kognitif, dan cara berkomunikasi.
Membantu kita mengenal pasti dan menguruskan cabaran pembelajaran anak lebih awal, sebelum mereka melangkah ke alam sekolah.
Membuka ruang untuk anak belajar dengan cara yang tersusun, selesa, dan sesuai dengan keunikan mereka sendiri.
Ibu bapa tidak lagi berasa tersesat kerana dibekalkan dengan panduan, bimbingan, dan sokongan emosi yang berterusan.
Ketahui tanda awal jika anak mengalami kelewatan bercakap dan langkah pertama yang ibu bapa boleh ambil untuk membantu mereka.
Baca panduanTerapi untuk anak Autisme (ASD)Panduan awal untuk ibu bapa yang melihat tanda Autisme seperti kurang respons sosial, sukar ikut rutin, isu sensori atau komunikasi lambat berkembang.
Baca panduanEIP vs Occupational TherapyBandingkan EIP dan OT supaya ibu bapa lebih faham program mana yang sesuai berdasarkan umur, isu perkembangan dan sasaran anak.
Baca panduanSetiap aktiviti ada tujuan perkembangan yang boleh diterangkan kepada ibu bapa.
Membina fokus, kesabaran menunggu giliran, dan perhatian dalam kumpulan kecil.
Eksplorasi pelbagai tekstur dan bahan untuk membantu anak memproses rangsangan fizikal dengan lebih tenang.
Mengurangkan rasa sensitif atau geli terhadap sentuhan bahan seperti pasir, tepung, atau cecair.
Aktiviti fizikal yang menyeronokkan untuk membina kekuatan otot, keseimbangan, dan koordinasi badan.
Setiap therapist adalah terlatih dan komited untuk membantu perkembangan anak secara profesional di bawah seliaan Occupational Therapist berdaftar dengan MAHPC.

Terapis Program Intervensi Awal (*Early Intervention Programme*)
Penyayang dan sabar dalam membimbing kanak-kanak membina asas komunikasi awal. Menggabungkan ilmu kaunseling dengan teknik membaca *ReadEasy* serta kaedah *Greenspan Floortime* untuk mewujudkan sesi pembelajaran yang tenang.
Kepakaran Utama

Terapis Program Intervensi Awal (*Early Intervention Programme*)
Sangat komited membantu anak-anak berkeperluan khas membina keyakinan diri. Menggunakan pendekatan pembelajaran yang kreatif, berstruktur, dan menyeronokkan bersesuaian dengan tahap perkembangan anak.
Kepakaran Utama